Ricky van Wolfswinkel, striker Belanda yang pernah menarik minat kelab elite di eropah. Menjaringkan 28 gol dalam 55 penampilan untuk kelab Sporting CP di Portugal. Wilfred Bony, bekas striker kelab di Belanda iaitu Vitesse Arnhem. Menjaringkan 46 goal dalam 65 penampilan untuk kelab tersebut dan mendapat anugerah Dutch Footballer of The Year 2013. Viktor Wanyama bekas pemain tengah Celtic yang menunjukkan aksi mantap terutamanya sewaktu perlawanan menentang Barcelona semasa perlawanan peringkat kumpulan UCL.
  
    Ketiga-tiga pemain ini telah berpindah ke EPL untuk season 2013-2014, tetapi mereka bukan berpindah ke kelab elite EPL seperti Manchester United dan Chelsea, bukan juga ke kelab seperti Liverpool atau Spurs. Tetapi destinasi perpindahan mereka adalah ke kelab Norwich, Swansea dan Southampton.
    Ini adalah sesuatu tanda yang kelab-kelab bawahan liga semakin mahu bersaing dengan pasukan elit di EPL. Beberapa kelab lain seperti Sunderland dan Fulham juga telah merekrut beberapa pemain berbakat.
 
No comments:
Post a Comment